Thursday, October 21, 2010

Masalah Tidur

Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.

Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:
• Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
• Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan dan kerap
kencing waktu malam
• Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan,
kebimbangan , stres dan lain-lain.
• Penyalahgunaan dadah dan alkohol
• Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

Tanda-tanda dan gejala
• Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
• Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
• Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep
walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding)
dan sebagainya.

Kesan dan akibat
Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :
• Cepat menjadi marah
• Sukar mengawal emosi
• Sukar memberi tumpuan/perhatian
• Kemungkinan boleh membuat kesilapan
• Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan


Rawatan
Dapatkan bantuan profesional
• Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung
kepada sebab-sebab tersebut.
• Rawatan tingkah laku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi
• Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.

Wednesday, October 20, 2010

Penggunaan Produk Tidak Berdaftar

Masalah dan kesan penggunaan produk tidak berdaftar yang telah dicemari racun berjadual yang mana boleh memberikan kesan sampingan. Contoh kandungan steroid dan seldenafil di dalam beberapa keluaran tradisional di mana peratus kandungannya adalah tidak diketahui dan mungkin mengandungi bahan yang tidak dibenarkan di Malaysia.

Kesan Sampingan Steroid
- Kulit menipis
- Kulit merekah
- Glaucoma (mata kabur)

Kesan Sampingan Phenylbutazone
- Pendarahan dalam perut - Steven Johnson's
Syndrome(Kulit Alergik)
- Masalah berkaitan dengan darah (Melambatkan
penyembuhan luka dan Anemia)
- Kerosakan pinggang

Kesan Sampingan Sildenafil
- Masalah penghadaman, sakit kepala, pening, muka kemerahan-merahan, masalah penglihatan, hidung tersumbat, ruam dan masalah jantung yang serius.

Oleh itu berhati-hatilah dengan produk tiruan.

Bagaimana Kaedah Menyimpan Dan Menjaga Ubat

- Simpan ubat di tempat yang kering dan dingin
- Simpan ubat dalam bekas dengan label yang asal
- Simpan ubat dalam keadaan yang disyorkan
- Terlindung daripada cahaya matahari
- Serahkan ubat yang tidak digunakan ke farmasi
untuk dilupuskan.
INGAT! Jangan simpan ubat di dalam kereta
(Untuk mengekalkan stabiliti ubat)

Monday, October 18, 2010

Kenali Ubat Anda.

Hak anda sebagai pengguna
- Hak untuk bersuara
- Hak untuk mendapatkan gantirugi
- Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
- Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat

Apakah penggunaan ubat secara berkualiti?
- Penggunaan ubat yang betul
- Ubat yang betul
- Dos yang betul
- Cara pengambilan yang betul
- Masa penggunaan yang betul

Apakah Ubat?
Ubat adalah bahan kimia untuk mencegah dan merawat penyakit.

Kategori Ubat
- Ubat Berpreskripsi (Ubat terkawal dibawah akta racun 1952 dan hanya 
  boleh dibekalkan oleh Ahli Farmasi iaitu Pengamal Perubatan Berdaftar 
  dan Pengamal Pergigian Berdaftar)
- Ubat Tanpa Berpreskripsi (Terdiri dari  Ubat Am,Ubat Tradisional dan
   Kumpulan C)

Ubat Tanpa Preskripsi, Ubat dalam Kumpulan C dalam bahagian I Jadual Pertama Senarai Racun (Seksyen 2) Akta Racun 1952. Ubat hanya boleh dibeli dari Ahli Farmasi di kedai Farmasi berdaftar tanpa preskripsi. Manakala Ubat Am boleh dibeli di kedai Farmasi dan biasanya ubat-ubatan ini diletakkan di atas rak.

Ubat Am (over the counter) terdiri daripada :
Paracetomal : contohnya Panadol
Acetylsalicylic Asid : contohnya Aspirin
Antiseptik/Disinfektan : contohnya Dettol
Plaster Berubat : Handiplast

Ubat Tradisional Komplementasi (TCM)
- Homeopati
- Teh Herba
- Ubat Pelekat
- Makanan Tambahan contoh Spirulina, Royal Jelly, Jus Gamat dsb.

Nama Ubat
Nama dan jenama ubat adalah 2 perkara berbeza.
Nama ubat-nama kimia ubat/nama generik adalah sama di seluruh dunia tetapi terdapat pelbagai jenama contohnya Paracetomol jenama bagi Panadol dan Uphamol. Panadol adalah produk original dan Uphamol adalah jenama tidak original.

Bahan Kimia
- Adalah bahan aktif yang memberi kesan perubatan
- Nama generik adalah bahan aktif ubat itu
Sesuatu ubat mungkin mempunyai lebih dari 2 jenis bahan kimia.

Kenali dan Fahami Ubat Anda
Bacalah Label, sampul ubat dan sisip bungkusan.
 
Terdapat situasi di mana kita terpaksa memilih ubat dengan sendiri terutamanya di kawasan luar bandar di mana tiada Ahli Farmasi/doktor. Oleh itu sila dapatkan nasihat dan maklumat dari sumber yang sahih sekiranya anda perlu memilih ubat sendiri. Maklumat boleh diperolehi dari label dan bungkusan ubat serta dari laman web berdaftar, Ahli Farmasi/doktor merupakan sumber terbaik untuk anda mendapatkan maklumat nasihat mengenai ubat.

Pastikan anda maklumkan kepada Ahli Farmasi/doktor sekiranya anda mengambil ubat yang diberli sendiri.

Pengguna harus baca label dan maklumat dalam bungkusan ubat yang memberi maklumat mengenai dos, kegunaan dan cara penyimpanan ubat.

Kesan sampingan ubat dapat dielakkan dan pengguna akan lebih berpengetahuan mengenai ubat sekiranya membaca label.