Thursday, October 21, 2010

Masalah Tidur

Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.

Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:
• Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
• Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan dan kerap
kencing waktu malam
• Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan,
kebimbangan , stres dan lain-lain.
• Penyalahgunaan dadah dan alkohol
• Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

Tanda-tanda dan gejala
• Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
• Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
• Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep
walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding)
dan sebagainya.

Kesan dan akibat
Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :
• Cepat menjadi marah
• Sukar mengawal emosi
• Sukar memberi tumpuan/perhatian
• Kemungkinan boleh membuat kesilapan
• Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan


Rawatan
Dapatkan bantuan profesional
• Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung
kepada sebab-sebab tersebut.
• Rawatan tingkah laku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi
• Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.