Thursday, October 21, 2010

Masalah Tidur

Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.

Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:
• Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
• Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan dan kerap
kencing waktu malam
• Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan,
kebimbangan , stres dan lain-lain.
• Penyalahgunaan dadah dan alkohol
• Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

Tanda-tanda dan gejala
• Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
• Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
• Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep
walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding)
dan sebagainya.

Kesan dan akibat
Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :
• Cepat menjadi marah
• Sukar mengawal emosi
• Sukar memberi tumpuan/perhatian
• Kemungkinan boleh membuat kesilapan
• Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan


Rawatan
Dapatkan bantuan profesional
• Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung
kepada sebab-sebab tersebut.
• Rawatan tingkah laku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi
• Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.

3 comments:

  1. Tidur yang cukup bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal dan mental tetapi juga kesihatan kulit. Kurang tidur boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Kebanyakan wanita yang telah berkahwin mengalami masalah ini kerana kurang rehat dan bangun malam menyusukan bayi. Enam- lapan jam sehari sudah memadai untuk kita. Bagaimana pula mereka yang sering tidur hingga lewat tengah hari? Dan, sungguh kasihan bagi golongan tua yang waktu tidur mereka semakin singkat. Tidur yang lena ialah nikmat kehidupan yang sering kita abaikan. Bersyukurlah kerana kita masih mampu tidur dengan lena. Jika kita antara mereka yang menghidap masalah tabiat tidur seperti imsonia pastinya nikmat tidur sudah tidak kita rasai lagi....

    ReplyDelete
  2. Ya sekarang ni kita semua cbuk buat asgmt yalah final exam pun dah dekat. Passup asmntpun belum siap terpaksalah juga tidur lewat malamkan.

    ReplyDelete
  3. Pengorbanan kita bah tu kan Noraini. Tidak mengapa, berbaloi juga tu nanti apabila segulung ijazah telah diperoleh. Barulah nikmatnya dan kepuasan belajar kita rasai kan? Mudah-mudahan kita semua akan berjaya dengan cemerlang. Yakin boleh...:-)

    ReplyDelete