Wednesday, October 20, 2010

Penggunaan Produk Tidak Berdaftar

Masalah dan kesan penggunaan produk tidak berdaftar yang telah dicemari racun berjadual yang mana boleh memberikan kesan sampingan. Contoh kandungan steroid dan seldenafil di dalam beberapa keluaran tradisional di mana peratus kandungannya adalah tidak diketahui dan mungkin mengandungi bahan yang tidak dibenarkan di Malaysia.

Kesan Sampingan Steroid
- Kulit menipis
- Kulit merekah
- Glaucoma (mata kabur)

Kesan Sampingan Phenylbutazone
- Pendarahan dalam perut - Steven Johnson's
Syndrome(Kulit Alergik)
- Masalah berkaitan dengan darah (Melambatkan
penyembuhan luka dan Anemia)
- Kerosakan pinggang

Kesan Sampingan Sildenafil
- Masalah penghadaman, sakit kepala, pening, muka kemerahan-merahan, masalah penglihatan, hidung tersumbat, ruam dan masalah jantung yang serius.

Oleh itu berhati-hatilah dengan produk tiruan.

1 comment:

  1. Artikel yang sangat bermanfaat. Baik juga sebagai peringatan kepada kita semua kerana ketika ini ramai kalangan masyarakat yang gemar mencuba pelbagai produk kesihatan yang dijual melalui syarikat tertentu. Misalnya, pelbagai bentuk vitamin, makanan tambahan, jamu dan seumpamanya. Pengajaran daripada artikel ini ialah usah mengambil sebarang ubat tanpa nasihat dan arahan daripada doktor. Saya mempunyai kenalan yang mengalami masalah kulit menipis kerana mengambil ubat tanpa nasihat doktor. Krim sapu yang mengandungi steroid itu akhirnya menyebabkan kulitnya menipis lalu membenarkan steroid masuk melalui saluran darahnya. Akhirnya, dia menderita sakit buah pinggang yang kronik dan jantung. Dalam usia yang muda yakni awal 30-an, akhirnya Allahyarham "pergi." Al-Fatihah....terima kasih...artikel ini memberikan informasi yang berguna.

    ReplyDelete