Monday, October 18, 2010

Kenali Ubat Anda.

Hak anda sebagai pengguna
- Hak untuk bersuara
- Hak untuk mendapatkan gantirugi
- Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
- Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat

Apakah penggunaan ubat secara berkualiti?
- Penggunaan ubat yang betul
- Ubat yang betul
- Dos yang betul
- Cara pengambilan yang betul
- Masa penggunaan yang betul

Apakah Ubat?
Ubat adalah bahan kimia untuk mencegah dan merawat penyakit.

Kategori Ubat
- Ubat Berpreskripsi (Ubat terkawal dibawah akta racun 1952 dan hanya 
  boleh dibekalkan oleh Ahli Farmasi iaitu Pengamal Perubatan Berdaftar 
  dan Pengamal Pergigian Berdaftar)
- Ubat Tanpa Berpreskripsi (Terdiri dari  Ubat Am,Ubat Tradisional dan
   Kumpulan C)

Ubat Tanpa Preskripsi, Ubat dalam Kumpulan C dalam bahagian I Jadual Pertama Senarai Racun (Seksyen 2) Akta Racun 1952. Ubat hanya boleh dibeli dari Ahli Farmasi di kedai Farmasi berdaftar tanpa preskripsi. Manakala Ubat Am boleh dibeli di kedai Farmasi dan biasanya ubat-ubatan ini diletakkan di atas rak.

Ubat Am (over the counter) terdiri daripada :
Paracetomal : contohnya Panadol
Acetylsalicylic Asid : contohnya Aspirin
Antiseptik/Disinfektan : contohnya Dettol
Plaster Berubat : Handiplast

Ubat Tradisional Komplementasi (TCM)
- Homeopati
- Teh Herba
- Ubat Pelekat
- Makanan Tambahan contoh Spirulina, Royal Jelly, Jus Gamat dsb.

Nama Ubat
Nama dan jenama ubat adalah 2 perkara berbeza.
Nama ubat-nama kimia ubat/nama generik adalah sama di seluruh dunia tetapi terdapat pelbagai jenama contohnya Paracetomol jenama bagi Panadol dan Uphamol. Panadol adalah produk original dan Uphamol adalah jenama tidak original.

Bahan Kimia
- Adalah bahan aktif yang memberi kesan perubatan
- Nama generik adalah bahan aktif ubat itu
Sesuatu ubat mungkin mempunyai lebih dari 2 jenis bahan kimia.

Kenali dan Fahami Ubat Anda
Bacalah Label, sampul ubat dan sisip bungkusan.
 
Terdapat situasi di mana kita terpaksa memilih ubat dengan sendiri terutamanya di kawasan luar bandar di mana tiada Ahli Farmasi/doktor. Oleh itu sila dapatkan nasihat dan maklumat dari sumber yang sahih sekiranya anda perlu memilih ubat sendiri. Maklumat boleh diperolehi dari label dan bungkusan ubat serta dari laman web berdaftar, Ahli Farmasi/doktor merupakan sumber terbaik untuk anda mendapatkan maklumat nasihat mengenai ubat.

Pastikan anda maklumkan kepada Ahli Farmasi/doktor sekiranya anda mengambil ubat yang diberli sendiri.

Pengguna harus baca label dan maklumat dalam bungkusan ubat yang memberi maklumat mengenai dos, kegunaan dan cara penyimpanan ubat.

Kesan sampingan ubat dapat dielakkan dan pengguna akan lebih berpengetahuan mengenai ubat sekiranya membaca label.

7 comments:

  1. memang sukar mau memastikan ubat-ubatan yang selamat untuk di makan sebab banyaknya produk2 terbaru dipasaran perubatan sekarang..kesan sampingan pun sukar di diketahui kecuali sudah menjadi kronik..

    ReplyDelete
  2. TQ geng baru hari ini kakak tahu......sebenarnya ubat ini boleh jadi racun dan madu....so berhati-hatilah bila beli dan makan ubat......jangan pula terlebih makan ubat macam saya....dengan harapan nak cepat sihat....malanganya tak pun sihat2.

    ReplyDelete
  3. bagus juga maklumat ini. banyak juga yang kita ketahui tentang ubat. selama ni kita selalu makan ubat tapi jarang ikut masa yang ditetapkan oleh doktor. bila teringat kita makan ubat tapi bila terlupa tak makan pulak. jadi, macam mana mahu sembuh....

    ReplyDelete
  4. skrg ni kbrgntungan kita pd ubat sgt tggi, skit ckit mkn ubat, pning ckit mkan ubt..kekdg tu kita pnig bukn psal skit..tp pnig pasal fkir ubt plk..terbalik suda..fkir ubt yg x stok d ruma..hehe

    ReplyDelete
  5. Bercerita pasal ubat ni.. terus sa teringat kawan sa yang takut makan ubat. kalu dia sakit dia memang x mau makan ubat tpi sampai masa dia kena juga makan ubat kerana dia sakit teruk. jadi kerana terpaksa dia makan ubat tapi masukkan dalam buah pisang terus telan itupun kawan sa ckap termuntah juga...

    ReplyDelete
  6. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  7. Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete